Komputer merupakan peralatan teknologi yang diciptakan untuk memudahkan kerja manusia. Dengan memiliki kemahiran yang tertentu, semestinya memberi peluang kepada sesorang guru untuk bertindak lebih kreatif dalam pengajaran. Dalam pembelajaran di kelas, kami telah didedahkan dengan Computer as a tool, tutor, tutee. Berdasarkan pemahaman saya, computer as a tool merupakan satu perisian yang dibina oleh guru untuk menyampaikan pengajaran kepada murid. Computer as a tutor pula ialah fungsi komputer sebagai alat untuk menyampaikan isi pengajaran kepada murid. Cara ini boleh melalui kuiz-kuiz yang melibatkan interaksi antara murid. Ianya sepenuhnya melibatkan komputer sebagai penyampai ilmu. Akhir sekali ia computer as a tutee. Dalam ini, komputer tidak lagi menyampaikan maklumat, tetapi murid dan guru yang berperanan untuk mengarah komputer untuk menghasilkan sesuatu.
Padlet dan Todaysmeet merupakan satu perisian dalam internet yang mampu menarik minat belajar murid. Ini akan melibatkan interaksi secara tidak langsung sesama murid dan guru. Dengan penggunaan ruangan tersebut, kapasiti pengguna dapat dikembangkan. Murid dapat belajar dari rumah dan murid lain dari sekolah lain juga dapat turut bersama dalam pembelajaran tersebut. Murid boleh berkomunikasi sesama mereka dalam perisian tersebut. Guru juga akan mudah untuk memantau dan memberi arahan kepada murid melalui perisian tersebut. Maka, ternyata perisian ini mendatangkan kesan positif kepada murid dan guru. Saya pasti akan menggunakannya sekiranya capaian internet di sekolah saya laju.
0 Comments
System Approach terbahagi kepada tiga iaitu Hardware, Software dan System.
Sistem ini dapat meningkatan cara pengajaran dan pendekatan pengajaran yang digunakan semasa dari semasa. Ini amat bersesuaian dengan ciri kelas abad ke-21. Addie Model merangkumi lima fasa yang merupakan singkatan Analyze, Design, Development, Implementation dan Evaluation. Dengan mengikut fasa tersebut, guru boleh menghasilkan sesi pengajaran yang berimpak tinggi. Guru boleh menilai dan membina alat Bahan Bantu Belajar (BBB) yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan penyediaan BBB yang bertepatan, ianya tidak akan mensia-siakan masa guru dalam mengajar dan ianya juga dapat menjimatkan kos guru dalam menghasilkan BBB. Dengan terhasilnya BBB tersebut, guru boleh mengimplementasikan dalam proses pdp. Setelah itu, guru boleh menilai keberkesanan BBB tersebut dalam pengajarannya. Penambahbaikan diperlukan sekiranya wujud kelemahan dalam BBB yang dihasilkan. Coogle merupakan salah satu perisian dalam internet yang boleh digunakan untuk membina peta minda. Peta minda ini bukan merupakan peta minda biasa. Ianya boleh memuatkan video dan gambar yang boleh menarik minat pembaca. Peta minda ini boleh dibina secara atas talian. Murid boleh bekerjasama menghasilkan peta minda tersebut dengan syarat kesemua ahli mempunyai akaun coogle berkenaan. Dengan ini, berlakunya interaksi antara mereka semasa menghasilkan peta minda berkenaan. Namun demikian, perisian ini begitu terhad untuk sekolah yang berada di pedalaman kerana keterbatasan internet. 4 teori pembelajaran berkenaan telah didedahkan kepada saya semasa dalam kelas berbantukan komputer. Setiap teori tersebut mempunyai kepentingnya. Antaranya, ;
Teori kognitif merupakan satu teori yang menekankan tentang pemikiran secara mendalam terhadap sesuatu perkara. Otak yang menerima maklumat akan memproses sesuatu maklumat itu dengan lebih lanjut. Melalui pemahaman saya, teori Behaviorisma ini mengkaji di mana tindak balas perlakuan seseorang terhadap ransangan daripada sesuatu perkara. Seseorang akan menunjukkan perubahan yang positif sekiranya diberikan peneguhan positif dan sebaliknya. Teori Connectivism ini merupakan teori yang dipelopor oleh George Siemens and Stephen Downes. Menurut teori ini, manusia tidak terbatas untuk belajar di dalam kelas sahaja tetapi juga melalui digital seperti laman sesawang. Teori Contructivism ini pula menerangkan tentang pembinaan sesuatu berdasarkan daripada pengalaman dan alam sekitar. Untuk E-portfolio (Weebly), ianya membantu pengguna untuk membina laman sesawang sendiri dengan mudah dan cepat. Dalam era digital kini, tuntutan untuk seorang guru dalam meningkatkan kemahiran digital amatlah penting. Guru boleh menggunakan weebly ini untuk membina laman sesawang pengajarannya. Ini bertepatan dengan pengajaran abad ke-21. Guru boleh membina kerangka pengajaran dengan menggunakan ikon yang telah disediakan di bahagian atas. Murid boleh mengakses segala maklumat yang telah disalurkan oleh guru melalui ikon tersebut. Dengan menggunakan weebly, guru dapat memastikan pengajarannya lebih menarik dan berinteraktif kerana kewujudan fungsi-fungsi video dan gambar. Ini semestinya akan memberikan kesan yang positif dalam keberkesanan pdp guru berkenaan. Di harap, pihak kementerian pula dapat meningkatkan kelajuan internet di sekolah pedalaman dan luar bandar agar keterbatasan ini tidak mematikan niat guru untuk menggunakan platform weebly sebagai salah satu alat pdpc mereka. e-portfolio merupakan satu medium platform yang dibangunkan melalui teknologi digital, online. Dalam e-portfolio terdapat pelbagai elemen yang harus dikuasai dan dipelajari oleh seseorang untuk menjadi pengguna yang berilmu dan memudahkan pengguna untuk membina e-portfolionya. Dalam dunia pendidikan kini, kaedah chalk and talk sudah tidak relevan lagi. Guru boleh menggunakan e-portfolio ini untuk menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
Untuk e-portfolio, terdapat beberapa elemen yang penting iaitu organize, reflect, socialize, create, achieve, publish, feedback dan edit. Pengguna boleh membina e-portfolio berdasarkan pengajaran yang ingin difokuskan. Maklumat-maklumat yang dimuat naik dalam e-portfolio ini boleh terdiri daripada pelbagai. Antaranya ialah menggunakan teks, fail, video animasi, bunyi muzik, slaid, gambar dan sebagainya. Bukan itu sahaja, maklumat yang dikongsi dalam e-portfolio juga boleh dimuat turun sekiranya disertakan pautan muat turun tersebut. Pembaca juga boleh meninggalkan komen atau pandangan di bawah maklumat yang dikongsikan. Maka, berlakulah interaksi antara penulis dan pembaca. Dengan adanya e-portfolio, ianya memudahkan guru untuk berkongsi maklumat dan maklumat itu juga bebas untuk dibaca oleh sesiapa sahaja. Dunia tanpa batasan memudahkan semua orang untuk mendapatkan maklumat yang hanya di hujung jari sahaja. Bergerak kepada Google Form. Platform ini sudah biasa didengari dan digunakan oleh saya. Namun demikian, dengan melalui pengajaran dalam kelas berbantukan komputer ini, saya dapat mempelajari cara untuk membina google form sendiri. Sebelum ini, saya hanya reti mengisi maklumat dalam google form sahaja. Dengan ilmu yang diperoleh, saya boleh manfaatkan penggunaan google form ini semasa membuat soal selidik untuk kajian saya kelak. Dengan ini, saya akan lebih mudah untuk mengumpul maklumat yang diinginkan sekiranya responden saya berada di lokasi yang jauh. Ini semestinya boleh menjimatkan kos dan masa. Google form amat menyenangkan tugas dan kerja untuk pengguna di bandar yang mempunyai capaian internet yang laju. Namun demkian, untuk pengguna di kawasan pedalaman, ianya amat tidak sesuai kerana keterbatasan jurang internet berkenaan. Informasi di hujung jari. Ayat berkenaan bertepatan dengan fungsi internet yang menjadi medium untuk manusia di alam ini untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Sebagai seorang pelajar, laman seperti Academia, Google Scholar dan Researchgate amatlah memainkan peranan yang penting. Ianya dapat membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Selain daripada itu, pelajar juga dapat mencari maklumat yang terkini melalui Google Scholar dengan ciri-ciri istimewa laman tersebut yang membenarkan penggunanya untuk menetapkan tahun-tahun artikel dan jurnal yang ingin dicari. Oleh itu, maklumat yang diperoleh oleh pelajar tidak akan mendapat maklumat yang lama dan mungkin tidak sahih, tetapi akan sentiasa mendapat yang terbaharu. Akhir sekali, dengan adanya platform seperti Academia dan Researchgate, ianya memudahkan para pelajar untuk membuat tugasan dan mendapat jurnal yang berkualiti yang semestinya meninggalkan impak yang positif.
|